eManifest System (EMS) – Malay Version

EMS adalah satu sistem yang diselenggarakan oleh Dagangnet Techonology (DNT) untuk menyalurkan maklumat eDagang pelanggan dari/ke sistem maklumat agensi berkuasa kerajaan ataupun pihak yang berkaitan seperti Kastam DiRaja, Pihak Berkuasa Pelabuhan, Penyelenggara Dermaga, Stesyen Pilot dan sebagainya.
 
4hb Disember 2006 adalah tarikh untuk semua syarikat perkapalan di Pelabuhan Klang menyalurkan maklumat daftar muatan mereka menerusi sistem ini bagi membolehkan pihak Kastam memproses dan membenarkan muatan mereka menerusi Pelabuhan Klang samada impot, ekspot atau juga transit.
 
Walaupun begitu, boleh dikatakan 70 peratus dari jumlah syarikat perkapalan di Pelabuhan Klang masih belum boleh bersedia untuk menyalurkan maklumat daftar mereka. Ini adalah kerana kebanyakan dari mereka tidak bersungguh-sungguh untuk mengikuti atau bersama-sama menjayakan projek ini yang dikelolakan oh DNT, walaupun telah berpuluh-puluh kali perjumpaan / mesyuarat telah diadakan tapi sambutan dari syarikat perkapalan dan "Freight Forwarder"  khususnya dari Jabatan IT masing-masing tidak endah akan perkara ini dan akhirnya menyebabkan syarikat mereka sendiri menghadapi masalah…
 
Tapi sebaliknya berlaku di syarikat saya,  mungkin disebabkan saya adalah ketua jabatan IT dan saya dapat merasa projek ini adalah penting untuk syarikat, jadi saya telah mengarahkan anak buah saya untuk mengadakan perjumpaan dengan pihak DNT untuk membolehkan syarikat saya bersama-sama dalam menjayakan projek ini.  Perkara ini pada bulan April 2006.  Walaubagaimanapun, terdapat kesukaran pada mula-mulanya kerana pada masa perjumpaan, saya diberitahu sebanyak 17 syarikat perkapalan telah membuat perjanjian untuk turut serta dan agak sukar syarikat saya untuk turut bersama kerana untuk menjadi pengguna Pilot dalam satu jumlah yang besar agak sukar untuk dilaksanakan kerana pihak DNT perlu mengkhusus kakitangan mereka bagi setiap pengguna "Pilot".  Jadi dalam perjumpaan tersebut tidak ada kata putus yang boleh saya ambil cuma apa yang boleh saya buat hanya untuk membeli servis dari mereka (EMS MIG) dan saya sendiri yang perlu mengkaji sendiri bagaimana untuk membina dan menyalurkan maklumat daftar muatan syarikat saya.
 
Selepaas perjumpaan tersebut, saya telah mengemukakan cadangan ke pihak pengurusan syarikat saya untuk membeli servis tadi kerana ia adalah penting… dalam firasat saya pada masa itu.  Sebulan selapas cadangan saya, pihak pengurusan telah bersetuju untuk membeli servis tersebut dan selang 2 hari saya telah dapat MIG (Message Implementation Guide) dari DNT dan saya terus mengkaji dan membuat perangkaan untuk memudahkan saya dalam pembikin perisian dalaman syarikat saya.
 
Saya telah mengambil masa lebih 3 bulan untuk menyiapkan asas perisian kerana dimasa yang sama saya juga menaik taraf perisian utama dan perisian bantuan syarikat bagi memboleh pengkalan data syarikat boleh disuai pakai bagi apa-apa kegunaan, khas nya untuk kegunaan seperti projek EMS ini.
 
Selepas menyiapkan asas perisian tersebut, saya terus menghubungi pihak DNT, untuk tujuan pengikhtirafan format mesej.  Di masa itu juga saya menanya khabar tentang 17 syarikat pengguna "Pilot".  Malangnya kesemuanya mereka tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan projek ini. Tapi bagi saya ini adalah peluang untuk saya merebut tempat pengguna "Pilot" yang dikosongkan itu dan DNT telah bertuju untuk memasukkan nama syarikat saya untuk menjadi pengguna "Pilot" dan selepas itu kami menjadi penjana utama dalam projek ini. 
 
Tetapi malang bagi 17 syarikat perkalan tadi kerana kesuntukan masa… (cakap banyak, kerja kurang..)
 
Isnin ni, mulalah era baru dalam pendaftaran daftar muatan ke pihak Kastam… diharap tidak ada kesulitan besar yang akan berlaku…
 
Nota:
Format Mesej – Edifact
1. CUSREP – Customs Conveyance Report Message
2. CUSCAR – Customs Cargo Manifest Message
 
This entry was posted in Office Tasks. Bookmark the permalink.

One Response to eManifest System (EMS) – Malay Version

  1. The Cybross says:

    Hey, I dunno about this EMS. What know from my point of view, sombody is making money and I think we cannot expect of anything or improvement by emplementing the EMS at Port Klang. The story always the same..MONEY, MONEY, MONEY !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s