Konsert Gegak Gemilang Astro di Klang (Pel. Klang)

Ramai sungguh orang sekitar Klang datang turun untuk menyaksikan Konsert Gegak Gemilang Astro 2006 di Padang Kompleks Sukan, Pandamaran Pelabuhan Klang pada 16hb Disember 2006 pukul 8:45 malam, tetapi hampa kerana penyanyi kesukaan mereka Mawi tidak muncul untuk membuat persembahan.  Mungkin kerana salah faham mereka yang hadir dengan poster atau flyers dari Astro sendiri yang memaparkan muka Mawi ketika promosi awal sebelum konsert  berlangsung.
 
Hampa dan bengang, itulah pekataan yang keluar dari peminat yang hadir, lebih-lebih lagi makcik-makcik yang hadir ketika itu.  Tidak ketinggalan makcik Raebah, depan rumah aku yang telah hadir ke konsert tu awal selepas maghrib dengan harapan dapat tempat yang paling hadapan untuk dia melihat Mawi dengan jelas…  ye… hampa makcik tu…. juga ramai lagi termasuk aku….ye ye aje bawak VC, konon dapat shot  Mawi masa konsert, yang paling best tu pergi berdua aje dengan mam aku dan siap tinggalkan anak-anak kat rumah semata-mata konsert tu, last-last nyanyi lagu Kian version aku sendiri masa balik pasal bengang tak sudah…. tapi tak de ler seteruk makcik-makcik tu…. siap nak saman Astro tu… abih-abih cucu dia cakap, "Konsert free nak saman ape?…." terdiam makcik tu…
 
…. Kian jauh, kian hilang, punah sudah harapan…
Datang konsert, Mawi tak de, feras di dalam dada….
This entry was posted in Entertainment. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s