Kes Runtuh Kedai di Kg Idaman

Dirakam oleh MZYHutNet
Isu : MPK runtuh kedai di Kampung Idaman
Klip : Seorang penduduk sedang memujuk YB untuk tidak meneruskan tidakan Penguatkuasa Tempatan (MPK) meruntuh kedai
 
Sebenarnya kedai yang terakhir yg nak diruntuhkan adalah kedai jiran sebelah rumah aku yg telah bertapak semenjak lebih 30 tahun lalu, ini "mungkin" disebabkan isu Abg ‘Zack’, semua kedai makan di persisiran jalan besar berdekatan Kg Idaman habis dirobohkan dengan tanpa belas kesian langsung oleh Penguatkuasa Tempatan. 
 
Wartawan dari TV3 juga telah membuat lapuran akan isu ini dan telah keluar di Buletin Utama pukul 8:00 mlm pada hari yang sama. 
 
Kesian aku tengok bekas penjaga gol selangor tu, yg juga budak kampung aku, mengenangkan kedai yang dibina untuk orang tuanya hasil dari titik peluh bermain bola skuad selangor pada era akhir tahun 80an runtuh menyembah bumi hasil kerja mereka.  Padahal sebelum kes Abg "Zack" (isu Istana Idaman & kedainya yang telah dirobohkan di hadapan Econsave) semua cukai dan lesen perniagaan dapat dilunaskan tanpa sebarang masalah, tapi selepas kes tu berlaku, cukai dan lesen perniagaan tidak diluluskan oleh Penguat Kuasa Tempatan dengan alasan yang kurang memuaskan hati bagi pemohon…
 
Ikutilah sudutan VC yang telah dirakamkan, dimana seorang penduduk memujuk YB MPK untuk tidak meruntuhkan kedai tersebut, ketika pihak penguasa MPK cuba untuk meruntuhkan kedai terakhir dalam senarai mereka yg terletak di simpang masuk Kg Idaman dan juga bersebelahan dengan Sekolah Rendah Agama Rakyat Kg Idaman…
 
Kehadiran : Orang Kampung (lebih 1000 org), Orang Lalu-lalang (mencecah ribuan), wartawan (TV3 dan surat khabar) dan (Polis Pencegah Rusahan (hampir 100 org) dan tak lupa Makcik Zizah dan anak perempuan (Zana) – Isteri Abg "Zack" sendiri
 
Sumber : secara langsung & cerita orang kampung…
MZYHutNet @ 2006 www.hutnet.com
This entry was posted in News and politics. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s