Diet rendah protein baik untuk kesihatan ginjal

Oleh Hafizah Iszahanid
Hafiza@nstp.com.my


HEMODIALISIS rawatan membantu pesakit buah pinggang mencuci darah dalam badan.

Makanan bukan ‘musuh’ pesakit buah pinggang asalkan memenuhi keperluan klinikal, saiz badan

MAKANAN adalah musuh utama kepada pesakit buah pinggang kronik (CKD), diabetes, tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit lain.

Bagaimanapun, menyalahkan makanan dan terbabit dalam ‘konspirasi’ menjauhi makanan dianggap sebagai satu kesilapan, sebaliknya, langkah lebih bijak ialah mengatur diet mengikut keperluan berasaskan keadaan klinikal dan saiz badan.

Pakar Pemakanan, Pusat Perubatan Sunway, Teng Yu Yet, berkata selain ubat-ubatan, pesakit CKD mesti mengambil berat mengenai diet dan pengambilan nutrisi.

"Satu daripadanya dengan mengamalkan diet rendah protein. Diet ini mesti berasaskan keadaan klinikal dan saiz tubuh badan pesakit kerana tidak semua pesakit mengambil jumlah pemakanan yang sama," katanya.

Teng berkata, nutrisi lengkap untuk pesakit CKD sangat penting kerana penyakit itu tiada penawar kecuali mendapatkan ginjal baru.

 

Gambarajah ginjal.

Justeru, matlamat rawatan adalah memastikan ginjal terus berfungsi selama yang boleh. Ini dilakukan dengan mengesan masalah pada ginjal sejak dari awal.

Beliau berkata, apa yang perlu adalah mengubah diet, mengawal tekanan darah dan aturan pengambilan ubat yang dipatuhi.

"Diet seimbang membantu tubuh berfungsi secara efektif. Bagi pesakit CKD, kebanyakan mereka percaya makan di luar bukan satu pilihan baik. Bagaimanapun, jika betul melakukan diet iaitu pengambilan protein, garam dan potassium yang sesuai, tiada masalah untuk menikmati hidangan di luar.

"Mungkin rasanya tidak sama seperti menu orang biasa tetapi ia bukan halangan pesakit CKD mempelbagai hidangan makanan dan dalam masa yang sama boleh terus melewatkan kegagalan fungsi buah pinggang secara total," katanya.

Katanya, perkara paling utama bagi pesakit CKD ialah menu mereka seharusnya bersifat ‘bercampur dan sepadan’ tetapi ia perlu berasaskan diet rendah protein dan rendah garam.

“Kebanyakan pesakit tidak terdidik mengenai penyakit mereka, justeru mereka tidak peduli mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dimakan. Ada antara mereka langsung tidak mengambil protein. Tindakan mereka itu sebenarnya salah,” katanya.

Mengenali diet rendah protein

Protein isu yang agak rumit bagi pesakit CKD. Walaupun ia sebahagian daripada nutrisi yang penting, bagi pesakit pengambilannya harus dihadkan. Justeru, amalkan diet bagi mengehadkan pengambilan protein seminimum mungkin untuk sihat.

Secara saintifik, apabila protein tidak dicerna dan digunakan tubuh, bahan buangan protein akan terbentuk. Ginjal yang sihat memiliki jutaan ‘nephron’ (tapis kecil dalam ginjal) untuk menapis bahan buangan ini. Ia kemudian dikeluarkan dengan mudah walaupun jumlah protein yang banyak.

Bagaimanapun, buah pinggang yang tidak sihat tidak berupaya mengeluarkan bahan buangan protein ini, sebaliknya bahan buangan ini akan terbentuk dalam darah. Justeru, jika fungsi buah pinggang merosot, jumlahnya semakin bertambah.

Diet rendah protein membantu mengurangkan timbunan bahan buangan ini. Diet rendah protein ini

bagaimanapun dibuat dengan pemantauan doktor berdasarkan tahap penyakit, status nutrisi dan saiz tubuh.

Selain pengambilan protein yang rendah, perlu juga amalkan pengambilan minuman atau cecair yang bercatu. Jika seorang pesakit ginjal itu turut mengalami diabetes, diet rendah karbohidrat mungkin perlu.

Sodium pula dicatu bagi memperbaiki kawalan tekanan darah dan mengelak pengumpulan cecair.

Potassium dicatu jika ia tidak dikeluarkan (dikumuh) secara efektif dan tahapnya dalam darah juga tinggi. Jika jumlah potassium dalam darah terlalu banyak, ia akan menjejaskan denyutan jantung.

Perlu diketahui, kawalan jumlah setiap nutrisi ini berdasarkan kadar potassium, sodium dan protein dalam darah.

Teng berkata, mengehadkan pengambilan makanan berprotein tinggi bagi pesakit CKD penting kerana protein boleh ditemui dalam makanan berasaskan daging selain tumbuh-tumbuhan.

"Protein dibuat dari rangkaian asid amino. Ada 20 jenis asid amino. Tubuh berupaya menghasilkan antara 14 hingga 20 asid amino. Bagaimanapun, kita mesti mendapatkan asid amino daripada makanan yang kita makan," katanya.

Asid amino yang berupaya dihasilkan tubuh dikenali sebagai asid amino bukan asas (non-essential) manakala asid amino yang tidak berupaya tubuh hasilkan adalah asid amino asas (essential). Bagi asid amino bukan asas, tubuh boleh menukarkan asid amino kepada asid amino bukan asas yang diperlukan.

Bagi pesakit CKD, katanya pengambilan protein yang dikurangkan tidak akan menjejaskan keperluan nutrisi tubuh kerana ia akan ditampung dengan pengambilan asid keto.

"Asid keto secara kimianya berlainan dengan asid amino dan dihasilkan di makmal. Ia membekalkan asid amino asas yang diperlukan tubuh dan ia tidak akan membanjiri ginjal yang sudah terjejas," katanya.

FAKTA: Penyakit buah pinggang kronik (CKD)

  • CKD adalah masalah kesihatan yang semakin meningkat jumlahnya kebelakangan ini.
  • Mereka yang berisiko diserang CKD termasuk pesakit diabetes, tekanan darah tinggi, datang dari keluarga yang menghidap CKD dan usia yang meningkat.
  • Walaupun ada pelbagai faktor risiko, setiap warga Malaysia boleh diserang CKD, kini dianggarkan ketika ini 12,000 warga Malaysia menderita kegagalan ginjal tahap akhir (ESRD)
  • Warga Asia terdedah kepada risiko CKD kerana diabetes dan tekanan darah tinggi lebih kerap ditemui di kalangan mereka.
  • Simptom CKD termasuk letih, tidak bertenaga, tidak boleh berfikir secara jelas, tidak berselera makan, susah tidur, kulit yang gatal dan kering, kejang otot waktu malam, kaki dan buku lali bengkak, mata sembab waktu pagi, kencing kerap terutama pada malam hari.

  • This entry was posted in Diagnosis. Bookmark the permalink.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s