Bersama DEMC: Pemindahan darah rawatan utama talasemia

tanyadoktor@bharian.com.my

DOKTOR, saya ingin tahu mengenai talasemia. Adakah pesakit talasemia boleh sembuh?

ARINA

PENYAKIT talasemia ialah sejenis penyakit keturunan yang membabitkan sel darah merah. Ia menjelaskan mengenai kelainan pada protein sel darah merah (alpha & beta) yang menyebabkan sel darah merah tidak stabil dan mudah pecah.

Sel darah merah adalah komponen utama darah yang penting untuk mengangkut oksigen daripada paru-paru pada semua bahagian badan. Kegagalan sel darah merah berbuat demikian menyebabkan pesakit akan menjadi pucat, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, bengkak hati dan limpa.

Talasemia biasanya boleh dikesan apabila anak berumur antara tiga bulan hingga setahun. Ada dua jenis talasemia yang utama iaitu;

1. Talasemia major

2. Talasemia minor (pembawa)

Pemeriksaan darah perlu dilakukan untuk mengesan paras hemoglobin bagi mengesahkan penyakit talasemia. Rawatan utama untuk penyakit talasemia ialah pemindahan darah yang kerap, sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tahap hemoglobin yang optima.

Komplikasi daripada pemindahan darah ini ialah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan organ seperti hati, limpa, jantung dan pankreas.

Cara terbaru untuk mengeluarkan zat besi yang berlebihan ini ialah dengan mengambil ubat desferrioxamine (suntikan atau oral). Ubat ini menggabungkan zat besi dan akan dikeluarkan melalui air kencing. Pemindahan sum-sum tulang boleh menyembuhkan penyakit talasemia tetapi ia perlu dilakukan pada peringkat awal.

Jawapan disediakan oleh:

DR. FADZILLAH HJ GHAZALLI, Pakar Pediatrik, DEMC, SHAH ALAM

This entry was posted in Diagnosis. Bookmark the permalink.

One Response to Bersama DEMC: Pemindahan darah rawatan utama talasemia

  1. insan says:

    1)Saya baru diberitahu doktor bhw ank lelaki sy berumur 5 thn menghidap talasemia kemungkinan beta (ujian darah dibuat sekali lagi) keputusan akan diketahui 5 bulan lg. soalan sy adakah ini bermakna ank sy pesakit (major) atau pembawa(minor)? Sy juga tertanya-tanya adakah jika ank sy cuma pembawa, perlukah dia menjalani tranfusi darah.
    2)apakah makanan yg disyorkan bg kurangkan penyakit ini?
    3)sy belum kahwin dan didapati anak sy mengidap sakit talasemia,soalan sy adakah ia berpunca dari saya atau anak sy sendiri?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s