Salji tebal landa kota Asia Barat

 


RIBUT salji melanda kota Baitulmaqdis dengan gambar (kiri) menunjukkan Masjid Omar atau Masjid Kubah Emas bertentangan Masjidil Aqsa diselimuti salji, menyebabkan sekolah dan perniagaan ditutup, manakala pengangkutan awam dihentikan.

Salji selalu turun di Baitulmaqdis sekali atau dua kali setiap kali musim sejuk tetapi cuaca jarang jatuh di bawah paras beku.

Bandar raya itu tidak bersedia berdepan cuaca bersalji sehingga 20 sentimeter dengan ramai penduduk tidak bekerja. Keadaan bersalji juga melanda kota lain di Asia Barat termasuk Amman, Jordan dan Damsyik, Syria. Di Damsyik, gambar (kanan) menunjukkan penduduk masih keluar dan ada yang mengunjungi taman meskipun ia diselimuti salji tebal manakala di Amman, ribut salji menyebabkan pemandu terkandas, memutuskan hubungan di antara kampung serta memaksa pihak berkuasa merayu penduduk tidak keluar.

This entry was posted in News and politics. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s