Osama meronda di Colombia cegah jenayah

Osama meronda di Colombia cegah jenayah


AKSI GARANG: Aguirre yang dikenali sebagai Osama Bin Laden menunjukkan gaya dengan senapangnya ketika meronda kawasan miskin di Bogota.

BOGOTA: Sejak tercetus peristiwa serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, seorang pengawal keselamatan, Fernando Aguirre menampilkan diri seperti Osama bin Laden dengan meronda seorang diri di ibu negara Bogota, Colombia bagi mengurangkan kadar jenayah termasuk pelacuran dan kegiatan mengedar dadah.

Kelibatnya yang hampir serupa dengan pemimpin al-Qaeda itu sering dilihat meronda di Santa Fe yang menjadi kawasan paling bahaya di Bogota, malah tindakannya dialu-alukan penduduk tempatan termasuk polis.

Aguirre berkata, dia bertugas di kawasan itu setiap malam.

"Saya keluar meronda di hampir seluruh kawasan berkenaan dengan ditemani anjing dan berusaha memberikan sedikit jaminan keselamatan di kawasan kejiranan ini.

"Saya menjaga gudang, gerai tetapi kebanyakannya adalah restoran supaya orang ramai dapat datang dan bersuka ria di Santa Fe berikutan kawasan itu tidak berbahaya kerana ‘Osama’ sentiasa menjaganya," katanya.

Beliau secara sinis percaya bahawa dirinya mungkin anak Osama bin Laden.

"Saya tidak mengenali siapa bapa saya kerana dia meninggalkan kami sekeluarga ketika saya berusia lapan bulan, saya tidak tahu siapa bapa saya, jadi saya percaya dia ialah Osama bin Laden," katanya.

Anggota polis yang ditugaskan mengawal keadaan di kawasan sama dengan Aguirre, Kapten Jose Francisco Pena, berkata imej lelaki itu yang menyerupai pemimpin al-Qaeda kadang-kala menakutkan mereka yang tidak pernah mengenalinya.

"Dengan perwatakan yang ditiru Aguirre, dia inginkan orang memanggil atau menggelar dirinya sebagai ‘Osama’; kadang kala kehadirannya menimbulkan minat dan rasa ingin tahu orang lain, malah turut menakutkan mereka yang tidak mengenalinya," katanya.

Peniaga, Samuel Sanchez, berkata kehadiran ‘Osama’ secara tidak langsung membantu mengurangkan kadar jenayah di kawasan itu.

"Saya berasa lebih selamat dengan kehadiran Osama berbanding polis kerana dia lebih teliti, dia meronda dengan anjing dan batang kayu. Hari ini dia tidak membawa anjingnya tetapi selalu dia membawa anjing, senapang dan kayu untuk menentang musuh nombor satunya iaitu pencuri," katanya. – Reuters

This entry was posted in News and politics. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s