Berat badan ideal, senaman elak sakit sendi

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@nstp.com.my

BUKAN saja sakit, berhadapan dengan keradangan sakit sendi pada usia muda boleh membuatkan pesakitnya murung dan menyendiri. Selalunya, masalah keradangan sendi atau arthritis dialami oleh generasi tua. Bagaimanapun, kebelakangan ini, orang muda yang berusia pertengahan 30an juga diserang arthritis.

Justeru, kebanyakan orang muda ini masih bekerja dan memiliki keluarga yang sedang membesar, tentu saja arthritis mengganggu kelancaran hidup.

Pakar Perunding dan Bedah Ortopedik, Trauma dan Penggantian Sendi, Pusat Perubatan Columbia Asia, Puchong, Dr Mohd Kamal Mohd Hisa, berkata arthritis adalah keradangan pada sendi yang bukan sekadar menyebabkan kesakitan malah menyebabkan sendi menjadi bengkak dan mengehadkan pergerakannya.

Dr Kamal berkata, secara umumnya arthritis kerap dikaitkan dengan orang tua. Arthritis yang dikaitkan dengan orang tua biasanya disebabkan faktor usia yang dikenali sebagai osteoarthritis. Ia paling biasa ditemui di kalangan mereka yang berusia lebih 60 tahun.

“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini orang muda juga ramai yang berhadapan dengan arthritis, tidak kira lelaki atau perempuan. Di antara faktor penyebab arthritis pada orang muda adalah kecederaan pada sendi akibat kemalangan jalan raya, aktiviti sukan lasak, terjatuh dan aktiviti yang boleh menyebabkan tekanan pada sendi secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata, kerosakan pada sendi juga boleh berlaku akibat keadaan yang dipanggil ‘Avascular Necrosis’ (kehilangan bekalan darah pada tulang yang menyebabkan ‘keruntuhan’ tulang atau sendi) terutama pada sendi tulang pinggul.

“Avascular necrosis selalunya disebabkan oleh pengambilan ubat steroid dalam tempoh jangka masa yang lama seperti mereka yang menghidapi penyakit asma atau lelah. Selain itu, ia juga terjadi pada mereka yang mengambil minuman keras secara tidak terkawal.

“Keadaan berat badan yang berlebihan pada usia muda juga boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan dan berpanjangan pada permukaan sendi lutut dan sendi pinggul yang kemudian merosakkan sendi,” katanya.

Dr Kamal berkata, kerosakan sendi juga boleh berlaku di kalangan orang muda yang berhadapan penyakit seperti rheumatoid arthritis, systemic lupus erythematosus (lupus), gout dan tuberculosis.

“Selain faktor usia, faktor risiko lain yang boleh menyebabkan arthritis termasuk berat badan yang berlebihan dan kecederaan pada sendi. Ia boleh menyebabkan tekanan yang berpanjangan pada permukaan sendi terutama sendi lutut dan sendi pinggul yang merosakkan sendi. Faktor genetik tidak memainkan peranan langsung dalam penyakit arthritis,” katanya.

Gejala

Gejala utama arthritis adalah keradangan pada sendi. Pada peringkat awal sendi akan berasa sakit, bengkak, panas di sekeliling sendi, pergerakan sendi menjadi terhad dan kulit pada permukaan sendi menjadi kemerahan.

Dr Kamal berkata, pada peringkat serangan lanjut, sendi akan rosak dan menyebabkan kesakitan yang berpanjangan, pergerakan sendi menjadi lebih terhad dan otot di sekeliling sendi mengecil.

Sendi yang boleh terbabit adalah seperti sendi jari tangan, sendi pergelangan tangan, sendi lutut, sendi pinggul, sendi buku lali dan sendi bahu.

Osteoarthritis dan rheumatoid arthritis (RA) tidak boleh disembuhkan. Justeru, rawatan yang diberikan biasanya bertujuan untuk mengawal simptom penyakit dan mengelakkan keadaan penyakit menjadi bertambah teruk.

Beliau berkata, dalam kes jenis arthritis yang lain, ia boleh ditangani melalui ubat-ubatan manakala rawatan pula bergantung pada penyebab arthritis itu.

This entry was posted in Diagnosis. Bookmark the permalink.

One Response to Berat badan ideal, senaman elak sakit sendi

  1. SITI ANISAH ISMAIL says:

    sy mengalami sakit pd setiap sendi jari. . Pada waktu pg ada jari tgn sy yg tdk blh dibengkokkan. . Apakah sy mengalami penyakit ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s