Barah sel palsma sum-sum tulang

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@nstp.com.my

Multiple myeloma kerap menyerang pesakit berumur 60 tahun ke atas akan menyebabkan tulang cepat rapuh, patah

SELEPAS leukemia, barah sel plasma sum-sum tulang atau multiple myeloma (MM) adalah kes barah darah yang kerap berlaku. Secara umum pada peringkat global, dianggarkan antara lima hingga enam kes baru MM dikesan di kalangan 100,000 orang setahun.

Menurut statistik Yayasan Kebangsaan Amerika, di negara itu saja sebanyak 15,980 kes baru dicatatkan pada 2005. Ketika ini ada seramai 50,000 pesakit MM di Amerika.

Pakar Perubatan Am dan Respiratori, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Fazilah Ahmad, berkata MM terjadi apabila pembentukan sel plasma dalam sum-sum tulang hilang kawalan walaupun tanpa rangsangan seperti jangkitan kuman.

Dr Fazilah berkata, keadaan ini menyebabkan sel plasma terlalu banyak dan merebak ke seluruh tulang. Ia menyebabkan pembentukan sel darah merah, sel darah putih dan platelet berkurangan dalam sum-sum tulang.

“Kekurangan sel darah merah menyebabkan anemia, mudah letih dan sukar pernafasan. Jumlah platelet yang sedikit menyebabkan pesakit mudah mengalami masalah pendarahan dan kekurangan sel darah putih sehingga sistem imun tubuh berkurangan,” katanya.

Beliau berkata, MM akan menyebabkan tulang cepat rapuh dan pesakit cenderung mengalami patah tulang.

“Sebab sebenar MM tidak diketahui. Bagaimanapun, ada beberapa faktor risiko yang dikaitkan dengan MM termasuk usia dan keturunan,” katanya.

Faktor MM

Walaupun sebab sebenar MM tidak diketahui, secara umumnya MM bermula dengan sel plasma abnormal yang membiak (multiply). Ini kerana ia tidak matang dan mati seperti kebanyakan sel normal, ia berkumpul dan mempengaruhi penghasilan sel sihat.

Secara perbandingan, sum-sum tulang yang sihat mengandungi jumlah sel plasma kurang daripada lima peratus tetapi bagi mereka yang menghidap MM, jumlahnya melebihi lebih 10 peratus.

Walaupun konsep ini difahami dan sedang cuba diselidik menerusi kajian DNA, hingga kini sebab sebenar tidak diketahui. Bagaimanapun, ada beberapa faktor risiko yang dikaitkan dengan MM.

Risiko berkenaan ialah:

  • Usia – semakin meningkat usia seseorang, semakin tinggi risikonya terhadap MM. Kebanyakan pesakit MM berusia lebih daripada 65 tahun. Jarang sekali pesakit berumur 40 tahun ke bawah diserang MM manakala lelaki didapati lebih ramai menghidap penyakit itu berbanding wanita.
  • Keturunan – Di Amerika, mereka yang berketurunan Afrika lebih cenderung menghidap MM berbanding mereka yang berketurunan Asia, tetapi sebabnya tidak diketahui.
  • Pendedahan kepada bahan kimia tertentu selain kadar radiasi yang tinggi juga dikaitkan dengan faktor risiko MM.
  • Obesiti – Kajian yang dilakukan Persatuan Barah Amerika menunjukkan kegemukan juga meningkatkan risiko MM.

    Mengenali Simptom MM

    Walaupun MM mungkin tidak menyebabkan simptom pada peringkat awal masalahnya, perkembangan MM akhirnya akan menyebabkan beberapa simptom lain muncul. Simptomnya pelbagai dan berbeza-beza mengikut individu.

    Antara simptom MM adalah seperti berikut;

  • Sakit tulang terutama pada bahagian belakang dan tulang rusuk
  • Kalsium tinggi dalam darah
  • Dahaga yang keterlaluan dan kerap membuang air kecil
  • Sembelit
  • Hilang selera makan
  • Kecelaruan mental
  • Anemia
  • Jangkitan berulang seperti radang paru-paru, pundi kencing, buah pinggang atau sinusitis.

    Bagaimana MM boleh menjejaskan kesihatan?

  • Kekurangan pembentukan sel darah merah

    Akibat – keletihan, masalah kesesakan nafas dan sekiranya menjadi teruk boleh membawa kepada kegagalan jantung.

  • Kekurangan pembentukan sel darah putih

    Akibat – pertahanan badan atau sistem imun akan terjejas. Ia menyebabkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman.

  • Kekurangan pembentukan sel platelet

    Akibat – mudah mengalami pendarahan dan lebam-lebam pada badan. Pendarahan yang serius boleh berlaku sekiranya jumlah platelet menjadi terlalu rendah.

  • Rangsangan pada sel yang merapuhkan tulang (sel osteoclast)pada tulang menyebabkan proses penyerapan tulang berlaku – tulang mudah patah kerana rapuh.
  • Peningkatan garam kalsium dalam darah – Garam kalsium yang tinggi dalam darah akan membawa gejala kegagalan buah pinggang dan pengumpulan garam kalsium yang berlebihan pada organ.

    Diagnosis MM

    Berdasarkan simptom dan tanda penyakit, pemeriksaan lanjut diperlukan. Ia bagi menentukan tahap keseriusan dan penyebaran penyakit. Selain itu, ia bagi menentukan komplikasi penyakit dan memantau keberkesanan rawatan.

    Selain itu, perlunya ujian darah antaranya;

    a) Ujian darah penuh (full blood count) untuk mengukur kadar sel darah merah, sel darah putih dan platelet.

    b) Ujian protein dan air kencing bagi mengukur kadar immunuglobulins (protein dalam darah yang bertindak melindung daripada jangkitan) tidak normal yang dikeluarkan sel myeloma.

    c) Pemeriksaan sum-sum tulang. Untuk memastikan diagnosis tepat untuk menentukan jumlah sel myeloma yang ada dan menentukan kesan terhadap sel darah merah, putih dan platelet.

    d) Pemeriksaan imbasan tulang untuk menentukan kesannya pada tulang.

    Rawatan

    Kaedah rawatan bergantung kepada keseriusan penyakit. Setiap pesakit perlu mendapat nasihat dan pemeriksaan lanjut daripada pakar sebelum rawatan diberi. Beberapa faktor perlu diambil kira seperti rawatan kemoterapi, rawatan pemindahan sel stem dan rawatan radioterapi.

  • This entry was posted in Diagnosis. Bookmark the permalink.

    1 Response to Barah sel palsma sum-sum tulang

    1. shahril says:

      salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita…. sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

    Leave a comment